Friday, January 8, 2010

Blog Speaker P.Pinang telah dilancarkan


Anda boleh layari di http://abdulhalimhussain.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

Budaya 'makan kawan' dalam BN punca bergaduh

Pertelingkahan berhubung siapa paling layak menerajui komponen BN antara Gerakan dan Umno di Pulau Pinang membuktikan budaya kesepakatan yang diamalkan selama ini hanya bersifat retorik semata-mata.

Sebaliknya parti-parti tersebut saling tidak menyenangi antara satu sama lain sehingga sanggup 'makan kawan' apabila berada dalam keadaan terdesak.

" Seharusnya dalam urusan pentadbiran parti, semangat kerjasama penting bagi menjamin kekuatan dan kelangsungan parti di masa bukannya bercakaran bila saat kehilangan kuasa,"

Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Osman ketika dihubungi Era Pakatan. Beliau diminta mengulas perebutan antara Umno dan Gerakan berhubung jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, yang kini disandang oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas ketua menteri yang juga presiden Gerakan – parti yang menerajuinya selama lebih 35 tahun.

Berita lanjut di sini.

Tuesday, December 22, 2009

KDN masih membisu - Daftar Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Walaupun permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai suatu entiti gabungan yang sah telah dipohon hampir dua bulan lalu, tetapi sehingga kini perkara itu masih tergantung dan tiada kata putus daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Berita selanjutnya di sini.

Monday, December 21, 2009

PR Jangan Pandang Belakang


Kalau menyertai konvensyen PR, 19 Dis di MBSA boleh dimasukkan sebagai pengalaman peribadi, saya tidak malu untuk berkata itulah pengalaman politik peribadi paling manis. Apa yang berlangsung itu melangkaui ufuk pemikiran orang politik biasa, apatah lagi musuh politik PR.

Masakan tidak. PAS dan DAP yang lebih dewasa daripada PKR meranduk sawah politik Malaysia ada sejarah ‘kelabu’ yang tersendiri. Sejarah kelabu itulah yang dicanang sehingga kini oleh Umno / BN untuk menidakkan muafakat antara PAS dan DAP.

Berita selanjutnya di sini.

Tuesday, December 8, 2009

Satu Keluarga Satu Huffaz


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memberi pengiktirafan kepada para penghafaz Al-Quran di negeri ini dengan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka.

Sejajar dengan itu seminar Huffaz yang telah diadakan di Dewan Sri Pinang pada 25 November yang lalu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah salah satu tindakan kearah pengiktirafan tersebut.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz Al Quran di negeri ini.

"Kita juga berhasrat untuk mewujudkan satu keluarga satu huffaz serta usaha kearah ini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi tersebut."

Dalam pada itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyokong usaha yang diambil bagi memartabatkan para huffaz ini.

"Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan kepada mereka ini adalah kerana kita berkeyakinan golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai komitmen tinggi dan memerlukan disiplin serta keperibadian mulia untuk melaksanakannya.

"Kita juga yakin degan adanya golongan hafiz dan hafizah ini maka masalah sosial dikalangan masyarakat seperti krisis moral, kemungkaran dan pelbagai masalah sosial akan dapat dihindari sebagaimana yang menjadi konsep amalan Kerajaan Negeri kearah 'Amar Makruf Nahi Munkar."

Para huffaz kali ini diberi penghargaan dengan pemberian sijil dan sumbangan sebanyak RM500 setiap orang.

Penghargaan ini telah dimulai sejak kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat sejak 2008 lagi.

Krisis Perak : Pengajaran ke Arah Sistem 2 Parti